Wednesday, December 3, 2014

Hari Pertama Anis ke Taska Fatihah

22hb genap 3 bulan Nur Anis.Hari ni jugalah hari pertama Anis kena tinggalkan di taska, itu pun sehari sahaja. Ummi ada LADAP hari ni..
Berdebar juga sebab ini kali pertama nak berjalan jauh berdua dengan Anis.Jauh yang jaraknya 20 km. Risau - risau dia buat perangai dalam kereta.
  Alhamdulillah, anak syurga duduk diam aje sambil-sambil tengok pemandangan. Ummi pun boleh memandu dengan tenang.
Tinggalkan anak kedua kali ni berbeza, rasa lebih yakin walaupun gusar juga. Mungkin  sebab dah bekalkan 14 auns stok susu perah untuk tempoh 8 pagi hingga 3 petang, perasaan tenang pun datang.
Waktu pulang ambil Anis dari taska tengok dia usap - usap mata baru bangun dari tidur, semua perasaan berbaur tu hilang.Cikgu pun bagitahu Anis best student, lega hati ummi.Teruskan lagi 20 km untuk sampai ke rumah.
Letak saja Anis di tilam sampai di rumah, mulut kecil dia tu mengomel aje, macam nak cerita aje pengalaman pertama dia ke taska...
Terima kasih Anis..teruskan prestasi cemerlang ye,..

Ingin mendapatkan set penyusuan..
Hubungi,

Nur Akmal
0192342090

No comments:

Post a Comment