Saturday, December 20, 2014

Tiada lagi TIBI

  Setelah disahkan menghidapi penyakit plural TB, telah menjadi rutin harian saya untuk berulang makan ubat di klinik dan mendapat pengesahahan pihak kesihatan.
  
  Mengimbas pengalaman saya itu sebenarnya ramai yang tidak tahu dan perasan dengan penyakit yang saya hidapi. Dijangkiti tibi seolah-olah badan kita berada pada tahap keimunan yang paling rendah. Tubuh lemah dan tahap kecergasan rendah.

  Namun, apabila memahami keadaan itu, saya terfikir untuk mencari alternatif lain selain bekalan antibiotik selama 9 bulan. Setelah membuat rujukan, saya nekad untuk mengamalkan VIVIX. Alhamdulillah,  saya merasa perubahan positif yang cepat pada tubuh, serta tiada kesan sampingan akibat pengambilan ubat yang lama.

Keistimewaan Vivix

Memperbaik DNA
Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang mengakibatkan proses penuaan menjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut. Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, contohnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.

Memperbaik tenaga sel
Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan mengurangkan fungsi sel.

Vivix membantu menguatkan sel tubuh,  membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi. Semakin berusia, semakin mudah kita mendapat sakit, ingatan pun semakin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.

Apa itu Vivix?

Vivix adalah minuman campuran botani, merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Mengandungi campuran unik botani Polygonum cuspidatum, Anggur Muscadine,  Elderberi Eropah, dan lobak ungu yang kaya dengan polifenol yang menjadikan Vivix begitu unik

Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti - penuaan semulajadi.

Testimoni hebat Vivix

Hubungi saya untuk mendapatkan VIVIX,

Nur Akmal

0192342090

FB Nur Akmal


Saturday, December 6, 2014

Sabun basuh: Tidak risau lagi kulit sensitif

     Sebelum bersalin lagi antara keperluan dalam senarai saya adalah sabun basuh yang selamat dan suci untuk kulit bayi yang akan lahir. Sebelum ini untuk anak pertama saya menggunakan sabun cecair dengan harga RM13, tetapi bila dihitung tidak berbaloi kerana sabun itu saya gunakan hanya untuk anak, pakaian saya dan suami dibasuh asing.

     Terpaksa menampung kos elektrik penggunaan mesin basuh yang kerap, hanya mampu bertahan setakat 2 minggu dan dalam waktu berpantang bukanlah mudah untuk saya keluar mencari barang keperluan.

     Fresh Laundry Concentrate yang saya temui untuk menyambut kelahiran anak kedua ini membuatkan segala kerja seharian saya menjadi mudah dan sangat membantu, semulajadi dan sungguh jimat. Sesuai dengan tema Mesra, Hijau dan Selamat.

     Sekarang anak berusia 3 bulan setengah tiada masalah ruam dan gatal,  dan gembiranya baki sabun itu masih banyak! Memang berbaloi. Dengan bau yang semulajadi,  tekstur kain kembali kepada asal selepas kering sungguh tak rugi pelaburan ini. Penggunaannya hanya 1 sudu untuk cucian 13 kg. 

     Antara istimewanya Fresh Laundry Concentrate ini ialah:
- Pekat 5.5 lb (sekotak membasuh 88 basuhan)
-  Prestasi tinggi ( pembersih enzim diaktifkan mengekalkan basuhan yang putih dan cerah)
-  selamat untuk semua jenis kain
-  Dirumus untuk membantu mencegah warna luntur pada kain berpindah kepada pakaian lain. 

Mendapatkan sabun yang jimat berbaloi-baloi ini,

Hubungi saya,
Nur
0192342090
SID 1114898

Friday, December 5, 2014

Pulih daripada TIBI

     Sejak April 2013, Alhamdulillah. .Allah Tuhan Yang Maha Penyembuh, akhirnya kes saya dah discaj. Tutup fail bagi kes plural TB yang saya hidapi.

     Dalam tarikh temujanji,  saya tak berkesempatan untuk pergi pada 28 Ogos kerana saya bersalin pada awalnya,  iaitu 23 Ogos. Tapi ramai yang tidak tahu saya sebenarnya pergi berulang alik untuk makan ubat ke klinik setiap hari dan ke temujanji untuk check-up, sebabnya saya tidak dikuarantin, perlu bekerja macam biasa dan nampak cergas dari orang normal.

     Namanya plural TB,  tiada batuk dan kahak, gejalanya prolonged fever, 3 minggu pun belum kebah, dan hilang sepenuhnya selera makan. Weight loss, bukan yang positif! Tinggi 157 cm berat 38 kg, tubuh lemah sepenuhnya. Terlantar rupanya macam mayat hidup. Wajah kusam tubuh kering. Peritnya, tuhan yang tahu bila ditarik nikmat sihat.

     Dalam tempoh rawatan untuk jangkitan kuman pada paru-paru saya ini, saya perlu mengambil ubat dalam tempoh 9 bulan,  jika tidak dihabiskan tiada lagi dos yang akan ditambah dan jangkitan kuman yang merebak boleh mengakibatkan maut.

    Saya lawan dan ikhtiar lagi kerana saya perlu menguruskan rumahtangga,  anak 8 bulan yang perlu serta merta dihentikan penyusuan ibu dan kerja sebagai guru. Sehingga dalam masa pengambilan ubat saya juga menemui dan mengamalkan tonik ajaib VIVIX.

    Tubuh yang lemah bertukar ibaratnya pokok yang layu disiram air. Konsisten dengan VIVIX kerana saya tahu kehebatan VIVIX yang mampu menjana sel-sel baru yang sihat dengan aktif.

Siapa lagi sebenarnya yang memerlukan VIVIX Shaklee ini juga :
 - Pesakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE)
 - Individu yang mempunyai risiko menghidap kanser melalui keturunan atau pernah menghidap kanser
- Individu menghidap kencing manis (Diabetes)
- Individu menghidap masalah jantung
- Individu menghidap stroke
- Individu menghidap darah tinggi
- Individu yang mempunyai ketagihan merokok
- Individu yang mempunyai masalah mata seperti rabun dan katarak
- Warga emas yang menghidapi insiden nyanyuk
- Individu yang mementingkan kesihatan keseluruhan  dan anti penuaan.

Berusaha dengan VIVIX,

Hubungi saya,
Nur Akmal
0192342090

Wednesday, December 3, 2014

Hari Pertama Anis ke Taska Fatihah

22hb genap 3 bulan Nur Anis.Hari ni jugalah hari pertama Anis kena tinggalkan di taska, itu pun sehari sahaja. Ummi ada LADAP hari ni..
Berdebar juga sebab ini kali pertama nak berjalan jauh berdua dengan Anis.Jauh yang jaraknya 20 km. Risau - risau dia buat perangai dalam kereta.
  Alhamdulillah, anak syurga duduk diam aje sambil-sambil tengok pemandangan. Ummi pun boleh memandu dengan tenang.
Tinggalkan anak kedua kali ni berbeza, rasa lebih yakin walaupun gusar juga. Mungkin  sebab dah bekalkan 14 auns stok susu perah untuk tempoh 8 pagi hingga 3 petang, perasaan tenang pun datang.
Waktu pulang ambil Anis dari taska tengok dia usap - usap mata baru bangun dari tidur, semua perasaan berbaur tu hilang.Cikgu pun bagitahu Anis best student, lega hati ummi.Teruskan lagi 20 km untuk sampai ke rumah.
Letak saja Anis di tilam sampai di rumah, mulut kecil dia tu mengomel aje, macam nak cerita aje pengalaman pertama dia ke taska...
Terima kasih Anis..teruskan prestasi cemerlang ye,..

Ingin mendapatkan set penyusuan..
Hubungi,

Nur Akmal
0192342090